15 KEBAIKAN MEMINUM MINYAK KELAPA DARA

 15 KEBAIKAN MEMINUM MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara

Minyak Kelapa Dara mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi yang mungkin ramai masih tidak tahu. Khasiat Minyak Kelapa Dara ini boleh dimanfaatkan ioleh kaum lelaki dan perempuan.

Minyak Dara Kelapa semakin terkenal dan mendapat dalam tempat pasaran kerana sifatnya kaya dengan antioksidan dan khasiatnya terhadap tubuh badan manusia.

Sebenarnya, lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara datang dari jenis medium-chain fatty acids atau MCFAs yang baik untuk kesihatan. Ramai yang bimbang dengan lemak yang terdapat dalam minyak kelapa dara, padahal  ia mudah dihadam dan dengan cepat bertukar kepada tenaga. Lemak ini tidak disimpan di dalam badan sebagai lemak.

Mari ketahui kebaikan Minyak Kelapa Dara:

  1. Membantu meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan.
  2. Mengurangkan risiko sakit jantung.
  3. Menstabilkan paras kolestrol.
  4. Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan kulit.
  5. Memudahkan proses ibu bersalin.
  6. Menstabilkan kadar gula dalam darah.
  7. Membantu mengurangkan selera makan yang keterlaluan.
  8. Memperbaiki sistem penghadaman dan membantu penyerapan nutrien.
  9. Memperbaiki fungsi otak. Sesuai untuk memulihkan pesakit.
  10. Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara. Sekaligus memberikan anda tenaga, kulit yang sihat, dan mengimbangkan emosi anda.
  11.  Dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.
  12. Bertindak sebagai penahan sakit (‘pain killer’) semulajadi.
  13. Menguatkan tulang, gigi dan membantu menjaga kesihatan oral.
  14. Membantu menjaga kesihatan kulit agar sentiasa lembut & halus.
  15. Membantu menjaga kesihatan rambut agar tetap subur, sihat & mudah diurus.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN LUAR BIASA MINYAK ZAITUN

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN MAMAK STYLE

RESIPI NASI GORENG SIMPLE DAN AWESOME