KEBAIKAN LUAR BIASA MINYAK ZAITUN
KEBAIKAN LUAR BIASA MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil daripada minyak zaitun. Disebabkan mengandungi khasiat yang tinggi, minyak zaitun telah digunkan secara dalam bidang kecantikan, perubatan termasuk kulinari.
Ia juga terkandung bahan antioksida seperti hydroxytyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
Saya lebih syorkan meminumnya pasa waktu pagi 1 sudu kecil.
1. Memperbaiki dan Meningkatkan Kesihatan Kulit
Ramai dari kita yakin, untuk cantik daripada bahan semula jadi adalah terbaik. Jadi gunakan minyak zaitun.
Vitamin E yang ada dalam minyak zaitun dapat merawat jerawat dan melindungi kulit anda.
2. Mengatasi Alzheimer dan Diabetes
Minyak zaitun mampu menghilangkan plak beta-amyloid yang dipercayai boleh memicu penyakit Alzheimer. Praktis dalam diet Mediterranean juga dikatan boleh emncegah diabetes tahap dua.
Namun kedua-duanya masih belum dibuktikkan secara saintifik.
3. Menurunkan Berat Badan
Minyak zaitun merupakan salah satu daftar makanan sihat yang boleh dikonsumsi untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.
4. Membantu Lawan Kanser
Dalam banyak kajian menunjukkan mereka yang tinggal di sekitar Lautan Mediterranean kurang mendapat risiko penyakit kanser. Ini kerana mereka mengamalkan pengambilan minyak zaitun dalam makanan mereka.
Minyak zaitun mempunyai sebatian antioksida yang merendahkan kerosakan akibat kesan radikal yang bebas yang mengakibatkan kerosakan DNA dan menjadi punca masalah penyakit kanser.
5. Melembapkan Kulit
Minyak ini mengansungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat.
Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment