SAMBAL UDANG KICAP
SAMBAL UDANG KICAP
Resipi Udang Sambal Kicap ini disediakan dengan bahan yang sangat ringkas...sekejap je, dah boleh masak. Haaa mudah kan.. jom kita start
Bahan-Bahan:
-1 biji bawang besar
-1 biji bawang kecil
-2 ulas bawang putih (cincang)
- cili kisar
- kicap pekat
- gula perang
Cara Nak Buat:
1. Pertama sekali, kalau nak buat sambal, minyak memang kena lebih sikit baru lebih sedap. Saya masukkan bawang kecil bersama bawang putih.
2. Selepas bahan tumisan naik bau, masukkan cili kisar dalam 4 sudu makan. Selepas gaul dengan sebati, jangan lupa masukkan garam yeπ
3. Kemudian, saya masukkan udang serta-merta.
4. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian, saya biarkan udang masak. Udang tak perlu masak lama pun sekejap sahaja dah masak.
5. Selepas udang sudah masak, masukkan bawang merah besar.
6. Utk dapatkan rasa sambal yg balance jgn lupa masukkan gula. Saya masukkan 1 1/2 sudu kecil gula
7. Masukkan kicap pekat dalam 1 sudu kecil.
8. Tadaaa...dah siap. Simple kan? Selamat mencubaπ
Comments
Post a Comment