KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN MAMAK STYLE

KARI KEPALA IKAN MAMAK STYLE (TANPA SANTAN)

Kari ikan

Hi uols!! hari ni saya nak masak kari kepala ikan tanpa menggunakan santan. Cara nak buat kari ikan ini sgt mudah. Tanpa membuang masa jom ke resipi.

Bahan- Bahan:

  • ikan jenahak
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 batang cili hijau 
  • 1 tomato 
  • beberapa helai daun kari 
  •  serbuk kunyit 
  • serbuk jintan 
  • serbuk ketumbar 
  • serbuk kari ikan 
  • halba campur 
  • asam jawa

Cara:

1. Dengan bacaan bismillah, saya masukkan 1/2 sudu kecil halba campuran.


2. Kemudian, saya masukkan bawang merah dan bawang putih.


3. masukkan daun kari.

Kari ikan

4. Selepas bawang merah dan bawang putih naik bau,  masukkan cili hijau dan tomato.

Fish curry

5. Serbuk kunyit 1 sudu kecil.

Kari ikan

6. Serbuk jintan dan serbuk ketumbar satu sudu makan ya.


8. Ini wajib ye...5 sudu makan kari ikan.


7. Cili kisar 1 sudu makan. Utk extra kick guna cili kisarπŸ˜‹


8. Masukkan air asam jawa.


9. Tambahkan air secukupnya.


10. Tunggu sehingga kari mendidih.


11. Selepas kari mendidih, masukkan ikan. Dah mendidih kejap tutup api ok.. kalau masak kari jgn didihkan kari terlalu lama takut ikan pecah


12. Saya gorengkan bendi untuk rasa yang lebih sedap dan utk dapatkan colour yg cantik .. kemudian masukkan dalam kari.. dan hiaskan dgn daun ketumbar
 
13. Tadaa dah siappp...selamat mencuba 😘😘


Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN LUAR BIASA MINYAK ZAITUN

RESIPI NASI GORENG SIMPLE DAN AWESOME