KETAHUILAH PUNCA KEGUGURAN RAMBUT
KETAHUILAH PUNCA KEGUGURAN RAMBUT
Rambut gugur boleh menjadi satu mimpi negeri terutamanya bagi kalangan individu yang masih muda. Tetapi apakah punca rambut gugur lelaki dan wanita yang mendasari masalah penipisan rambut tersebut ?
Punca Rambut Lelaki Dan Wanita Gugur :
1. Kekurangan Kandungan Protein
Jika anda tidak mendapat protein yang cukup dalam diet anda, tubuh anda akan mencatu protein yang berbaki dengan menghentikan pertumbuhan rambut.
2. Tekanan Emosi
Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku.
3. Keturunan
Pola keguguran rambut wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan lelaki versi wanita.
Kebotakan dialami wanita pada rambut mereka yang gugur mungkin melebar dan mereka mungkin mempunyai penipisan rambut yang ketara.
4. Kehilangan Berat Badan Yang Drastik
Penurunan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis. Terdapat kemungkinan bahawa penurunan berat badan itu sendiri memberi tekanan terhadap tubuh badan anda.
Kehilangan rambut bersama dengan penurunan berat badan yang ketara juga boleh menjadi tanda gangguan makan seperti anoreksia atau bulimia.
5. Cara Penjagaan Rambut Yang Salah
Penggunaan syampu dan perapi rambut yang mengandungi bahan kimia secara kerap dan berlebihan. Contohnya, penggunaan syampu secara berlebihan yang mengandungi paraben akan mengganggu fungsi hormon kerana paraben boleh menembusi kulit dengan mudah.
Jarang mencuci rambut dengan betul. Rambut yang jarang dicuci akan mudah berbau, menjadi lembap, dan terlalu berminyak. Sekaligus rambut akan mudah rosak dan mengalami keguguran.
6. Ikat Rambut Terlalu Ketat
7. Kehamilan
Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan berbanding daripada semasa kehamilan.
Comments
Post a Comment