NASI GORENG CILI PADI
NASI GORENG CILI PADI Hi everyone!! Kali ni, saya nak share resipi Nasi Goreng Cili Padi uols π.. Sebelum ini saya masak Nasi Goreng Simple Dan Awesome . Menu ini tidak mempunyai sayur ye.....kalau nak boleh saja tambah. Tanpa membuang masa jom ke resipi. Bahan-Bahan: 1 cawan nasi 2 cili hijau 3 ulas bawang putih 1 sudu ikan bilis 6 cili padi sos tiram Bahan ini perlu dicincang atau ditumbuk ya. Cara: 1. Dengan bacaan bismillah, saya masukkan bahan dicincang tadi. 2. Kemudian, saya masukkan garam secukup rasa. 3. Saya masukkan nasi dan gaul sebati. 4. Saya masukkan sos tiram 1 sudu besar ya, bagi nasi goreng tu rasa lebih yummy 5. Dan akhirnya, dah siapppp. Makan panas-panas feeling dia best gila uols π