RESIPI PASTA CARBONARA MUSHROOM Resipi ini sangat sesuai bagi peminat mushroom. Ianya sangat mudah untuk dibuat hanya mengambil masa dalam 20 minit sahaja. BAHAN-BAHAN: 1 biji bawang merah 6 ulas bawang putih 1 batang cili hijau 1 botol sos prego carbonara mushroom 10/12 sosej daun ketumbar CARA: 1. Anda perlu goreng sosej dan rebus pasta fusillini dengan sedikit garam dan minyak 2. Kemudian, dengan lebihan minyak yang anda goreng sosej tadi anda perlu tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili hijau. 3. Setelah bahan tumisan itu naik bau, anda boleh masukkan sos prego kedalam kuali tersebut dan tunggu sehingga sos itu didih. 4. Selepas sos prego itu mendidih, anda boleh masukkan sosej dan pasta fusillini yang telah masak kedalam sos prego tersebut. Gaul sebati. 5. Padamkan api dan taburkan ketumbar. Pasta anda, sudah siap untuk dingap! Masa nak makan tu makan sorang-sorang! Baru puas hati makan pasta. Takde orang kacau 😂😂